Friday, July 20, 2012

Ramadhan

Assalamualaikum...

Ringkas dari saya, mohon ampun mana salah silap secara sengaja atau tidak. Selamat menunaikan Rukun Islam; Berpuasa sebulan di bulan Ramadhan. Sama-samalah kita memanfaatkan bulan yang penuh keberkatan ini.

Puasa, jangan tak puasa tau ;-)

Jenguk-jenguklah Andai Ada Masa



Seperti yang dinyatakan di atas, saya sendiri selaku salah seorang ahli dari SIC Serngikayani ingin menyampaikan amanat dari pihak pengurusan atasan SIC Malaysia

Jika berminat untuk menghulurkan sumbangan kepada pihak yang berkenaan bolehlah berhubung terus kepada Bro Monday sendiri atau jika ada sebarang persoalan atau pertanyaan bolehlah bertanyakan kepada saya. Insya-Allah sama-samalah kita menghulurkan sumbangan untuk mereka yang berhak dan memerlukan.

Semoga Allah S.W.T membalas jasa baik kalian.

Akhir kata, Selamat Berpuasa

Ikhlas dari saya, Megat SIC-0324

Thursday, July 19, 2012

Ke Tepi Aku Nak Lalu

Assalamualaikum...

Setahun lebih? Ya sudah lebih setahun aku menyepi, terkadang ada juga aku tersasar singgah di saluran usang ni. Saluran yang dulunya aku menyalak, mencaci, memuji dan kebiasaannya menulis tanpa isi.

Mungkin tiada siapa sedar dah lebih setahun lubang ini ditinggalkan tak berpenghuni, ibarat batu nesan sepi yang dicuri.

Lupakan kesunyian lalu...

Persetankan kebosanan itu...

Kan ku campak segala macam isu dari sekecil botol budu hinggalah sebesar lori FRU...

Maghrib sudah, gua chow dulu...

Waalaikummussalam~




Monday, March 21, 2011

Hujung Minggu Lalu... Yeahhh!

Salam...

Okey, dipendekkan cerita dari 17-20 Mac yang lalu berlangsung dengan jayanya Fiesta Belon Panas Putrajaya kali ke-3 dan ianya dijalankan berhampiran Monumen Alaf Baru Precint 2 Putrajaya. (Fuhh..skima sungguh ayat itu)

Berkesempatan ke sana 2 hari berturut-turut dimanfaatkan dengan mencuci mata sepuas-puasnya tanpa segan silu. Lagipun aku memang suka sangat dengan benda-benda yang boleh terbang ni termasuklah puntianak, tu pun kalau dia boleh terbang la.

Apa lagi, cakap banyak pun tak guna kan. Dah pergi sana tu tipulah kalau tak di serikan dengan gambar di tempat kejadian bertemankan kamera & 70-300mm kan. So.....check it out. Aku malas buh banyak. nak tengok sila jenguk album di pesbuk ye.


Sebelum naik.


Cat dari Vietnam ni.


Belon lagi.

Ok...tu je la, yang lain-lain tengokla di mana sepatutnya ye. Kalau berkesempatan pergila ye dengan kawan, adik, abang, nenek mahupun jiran sebelah rumah tahun depan ye. Nantikan edisi ke-4.

Sekian. Wassalam. :-)