Monday, March 21, 2011

Hujung Minggu Lalu... Yeahhh!

Salam...

Okey, dipendekkan cerita dari 17-20 Mac yang lalu berlangsung dengan jayanya Fiesta Belon Panas Putrajaya kali ke-3 dan ianya dijalankan berhampiran Monumen Alaf Baru Precint 2 Putrajaya. (Fuhh..skima sungguh ayat itu)

Berkesempatan ke sana 2 hari berturut-turut dimanfaatkan dengan mencuci mata sepuas-puasnya tanpa segan silu. Lagipun aku memang suka sangat dengan benda-benda yang boleh terbang ni termasuklah puntianak, tu pun kalau dia boleh terbang la.

Apa lagi, cakap banyak pun tak guna kan. Dah pergi sana tu tipulah kalau tak di serikan dengan gambar di tempat kejadian bertemankan kamera & 70-300mm kan. So.....check it out. Aku malas buh banyak. nak tengok sila jenguk album di pesbuk ye.


Sebelum naik.


Cat dari Vietnam ni.


Belon lagi.

Ok...tu je la, yang lain-lain tengokla di mana sepatutnya ye. Kalau berkesempatan pergila ye dengan kawan, adik, abang, nenek mahupun jiran sebelah rumah tahun depan ye. Nantikan edisi ke-4.

Sekian. Wassalam. :-)




Monday, March 14, 2011

Boleh Pandang-pandang...

Assalamualaikum w.b.t

dan salam sejahtera pada yang bukan beragama Islam... moga gumbira sentiasa hendaknya.

Dalam tempoh dua ke tiga bulan ni aku kira aktiflah juga duduk merayau dalam forum S.I.C tu, especially dengan budak-budak Kaki Klate. Almaklumlah kat situ banyak benda boleh nak buka cerita pasal kereta kita kan, lagipun lepak dengan geng-geng kereta sejenis ni banyak faedahnya.

Dan dari situ juga ada aku tengok kereta Iswara kalo tak silap model Aeroback tak tahu tahun berapa la kan, guna bumper ala-ala Nissan Skyline R34.

Hitam sebelum sembur.   

Dah sangkut.
Siap...Perfect.
Perrgghhh...memang memancut-mancut air liur la beb. Bagi aku yang minat makhluk berpetak-petak ni memang suka sangatla dengan bumper bentuk macam tu. Dengan risikan dan intipan, aku pun berjayalah dapatkan maklumat mana nak dapat bumper sedemikian. Ada 2 dealer kat Johor & KL ada benda tu, tapi yang pasti kedai lain pun banyak jugak sebabnya ni bukanlah benda baru tapi disebabkan aku je baru berhajat nak 'hadiahkan' untuk CBG kesayangan.

Mesti ada akan cakap, tak sedar diri betul nak perasan pakai Skyline. Ada tak? Lantak korang la...Hahaha. Jeles ka? Mungkin bukan bulan ni or bulan depan, nak wat macam mana duit banyak habis kat Hobi lagi 1 tu. Mei nanti la paling-paling awal pun. Hehehe. Perancangan awal kena ada.

p/s: gambar gua rembat kokse kokdey jah, google yang bagi.

Sekian, Wassalam.

Tuesday, March 8, 2011

Layan lagu je la...

Asssalamualaikum...hehe..

Nape sengih2? aku la yang sengih....


Gath Vader

Lupa plak aku ada blog... teringat tadi pun bila kakak aku, tanya...nak 'follow' katanya...

Wow...Cikgu Puteri dah berbelog jugak ye...hehehe..

Hurmmm...quick update, share lagu je la...

Sempena minggu menggila dengan Star Wars, so...apa lagi kan... Imperial March la...

Hahahaha...

Layan...




Normal andai anda "high" dengar lagu ni...


-Siaran Tamat-

Wednesday, January 5, 2011

Cinta Pantai Merdeka

Selamat petang yang sejahtera.

Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana mencurahkan sedikit hujan di kawasan Univeresiti Ladang yang indah ini. Oklah, bukan mau berbicara tentang hujan atau harga minyak tanah & RON97 yang terus meningkat naik tanpa segan silu tu kali ni. Tapi sekadar nak post gambar sekeping dua sebelum di buang dari komputer ni. Itu je.

Al-maklumlah, untuk gambar pilihan kali ni aku pilih yang diambil semasa ke Muzium Negeri Perak Taiping & juga masa kat Pulau Pinang dimana aku berkesempatan ke Pantai Merdeka yang terletak tak berapa jauh dari Kepala Batas. Ya, Pantai Merdeka terletak di negeri Kedah. Kang tak pasal-pasal korang kata aku tipu pulak..ish3... Serius ni.

Test meriam, replika je rupa-rupanya.


Masih di Muzium, Ajar adik aku cari angle pulak.


1st time..jakun betol...hahaha


Tengok sambil layan lagu ye. Cinta Pantai Merdeka versi Jinbara (bukan penyanyi asal)

Itu je la ye. Malas nak buat post panjang-panjang tak pasal-pasal lenguh retina nak membacanye.

Oklah,

Salam.