Monday, August 30, 2010

Camcoder, Compact or DSLR?

Sony Digital 8 Handycam

Ok, sejujurnya pandangan anda bila nampak makhluk ni? hehehe... Dasyat jugakla kan, bab nak kata ketinggalan zaman tu tak perlu nak cakap la. Sebenarnya ni bukanla kamera pertama yang aku ada, sebab kamera pertama yang aku miliki adalah sebuah kamera filem je. Maklumlah terlalu lama sampai benda tu pun tak wujud dah, kalau ada boleh juga aku tunjuk kat sini. Yang ni kamera kedua milik aku, pada asalnya kepunyaan kakak aku yang dibelinya pada tahun 2001. Masa tu memang kira 'up' jugak la benda ni & harga pada masa tu pun boleh tahan jugak 'up' dia nya. Banyak juga peristiwa besar & menarik dalam keluarga aku dimana benda ni jadi saksi, contohnya pernikahan kakak aku yang pertama & kedua, khatam Quran, kemalangan sana sini dan yang terakhir aku guna masa praktikal kat SKGB masa diploma dulu la. Sekarang masih berfungsi dengan baik namun dah tak digunakan.

Canon Powershot A470

Seiring dengan perkembangan teknologi, kamera yang guna filen Kodak tu memang dah jarang sangat digunakan, begitu banyak jenama & jenis kamera kompak yang ada dan juga harganya jauh lebih murah menjadikan kamera Canon A470 ni kamera aku yang ketiga la. Pada awalnya ni adalah kepunyaan mak aku (maknanya bukan aku beli la..hehe) Jadi hak milik aku tu bila tak lagi digunakannya, maka tuan punya yang bermurah hati tu pun menghadiahkannya secara rasmi kat aku la. Walaupun saiznya yang agak gedabak berbanding model lain dipasaran, namun kualiti imej kamera ni tak pernah mengecewakan. Masih digunakan sampai hari ini sehinggalah muncul...

DSLR Nikon D90

Kamera yang besar gedabak ni...hahahaha. Ok, nak dijadikan cerita aku ni memang tak pernah duk saja la kalau masa cuti semester tu, akan ada je kerja-kerja yang tak seberapa yang boleh dijadikan sumber kewangan. Tak seberapa pun bayaran yang dapat boleh dikatakan lumayan juga lah. Jadi kalau dulu aku banyak menghabiskan kat kereta atau motor tapi sampai masa beralih arah untuk satu benda baru iaitu fotografi. Hanya sekadar hobi berkongsi dengan abang ipar aku & kawan-kawan yang turut mahir dalam bidang ni, aku rasa memiliki sebuah DSLR sebagai hobi bukanlah sesuatu yang membazir (walaupun kene berleter dengan mak aku bila dia dapat tahu harga kamera ni). Jadi lebih sebulan yang lalu aku beli la memandangkan harganya pun dah kurang dari 3k untuk BODY saja sekarang ni. Bagi lensanya pula, aku angkat beberapa lensa yang telah digunakan (2nd hand) & insyaAllah akan terus bertambah dari masa ke semasa. Bagi sesiapa yang berminat tu jangan segan untuk berkongsi pandangan & pengalaman ye. Sekian

3 Kata-Kata Hikmat:

intaq on August 31, 2010 at 12:06 AM said...

owh..ado cam ni dio..nt tlg candid gmba ak dale cls byk2..muahaha
ehh..awa deh mu cuti rayo..xaci!

Mumia.Megat.Menjelma on August 31, 2010 at 12:37 AM said...

bereh Intan..nnti aku snap banyok eh gambar mu, esp hok memek muko plik2...hahahaha...

puteri niniey on March 8, 2011 at 10:44 AM said...

camcoder saiz kontena aku...hua..hua..hua..