Sunday, October 31, 2010

Piala Malaysia 2010; Megat Punya Cerita

Kami, tak pelik.

Bangga? pasti...Gembira, wajib sama sekali... itulah yang aku rasa sekarang ni, malah dari semalam lagi. Sebab yang paling utama mestilah sebab pasukan bola sepak negeri kesayangan, Kelantan FA muncul juara Piala Malaysia tahun 2010. Walaupun aku ni bukanlah hardcore fans bolasepak & semua yang kenal aku pun tahu bahawasanya aku memang tak main la bola ni, namun kemenangan ni bermakna sebab ni la kemenangan pertama bagi Kelantan, dan juga ni lah kali pertama aku menjejakkan kaki ke perlawanan akhir Piala Berprestij ni (FAM yang cakap)...haha...
Walaupun aku bukanlah pemain, penyokong rasmi dari kelab mahupun anak saudara pemain Kelantan tapi laluan aku dan kawan aku tak mudah. Pertamanya bila bercakap soal tiket untuk ke perlawanan akhr ni, dari UPM Serdang ke STAR of Paroi  lepas tu ke Pejabat PBNS (Persatuan Bola sepak Negeri Sembilan) dan satu jawapan yang diperolehi, TIKET HABIS!!! Nak marah, mengamuk atau bakar kerusi pun bukan ada hasil.
Nak tak nak aku pun cari la alternatif lain, ulat, cacing, mahupun biawak tiket aku cari namun menemui kegagalan jugak. Dipendekkan cerita, adalah sorang kawan aku yg setelkan masalah ni. Pada tahap ni tak payah nak cakap la soal harga, mahal tu biase...kalau murah kang tak pasal-pasal kene tiket cetak (palsu). Pulut la ekau...
Senang cerita, tiket ada, baju merah (order) ada, semangat ada! gerak la ke stadium. Masuk seawal jam 4:30 petang menunggu perlawanan 8:45. Sorak, mexican wave, sound geng-geng jang tu semua benda biasa.

Bila pahlawan menari.

Lautan Merah

Warming up katanya.

Merah masih mendominasi.

The One & Only Khairul 'Apek' Fahmi

Pasal match aku taknak ulas la, kang sama pulak idea aku dengan pengulas & editor kat paper. Secara peribadi permainan Kelantan memang ok pada tahap ni. Alhamdulillah dapat jugak merasa pegang dan bergambar dengan piala tu nanti. Habis bola, sudah ada yang bergerak terus ke Kelantan, aku tak ketinggalan turut wat benda sama. Alhamdulillah sebelum pukul tujuh pagi tadi sampai.

p/s: tunggu nak amek gambar ngan Piala Malaysia ni...

6 Kata-Kata Hikmat:

intaq on November 1, 2010 at 1:10 AM said...

wahhhh...gilo r..so stdium meroh..nseb bek mene..hehe

m_3_g_4_7 on November 1, 2010 at 1:49 PM said...

oghe lain x smgt mano sokong, pdahal negeri sndri jgk... Oghe kito jah ado smngt tuh...rela g jauh2..

rireen on November 3, 2010 at 10:17 AM said...

Go more Kelate go more!!!
-anis-

m_3_g_4_7 on November 3, 2010 at 11:09 AM said...

hehe... smngt oghe Telipot...

~pinkylixi0uz~ on November 8, 2010 at 11:41 AM said...

semangat gil0..bij0p r sek2 mu dress up..haha..btw, kelate mmg hebar malam tu..n0k2 ado Hairuddin Omar sek Ganu..hehe

m_3_g_4_7 on November 9, 2010 at 10:35 AM said...

hehe..tu la.. smngt tu penting Jaa weh..bkn skmo leh masuk final..