Monday, March 14, 2011

Boleh Pandang-pandang...

Assalamualaikum w.b.t

dan salam sejahtera pada yang bukan beragama Islam... moga gumbira sentiasa hendaknya.

Dalam tempoh dua ke tiga bulan ni aku kira aktiflah juga duduk merayau dalam forum S.I.C tu, especially dengan budak-budak Kaki Klate. Almaklumlah kat situ banyak benda boleh nak buka cerita pasal kereta kita kan, lagipun lepak dengan geng-geng kereta sejenis ni banyak faedahnya.

Dan dari situ juga ada aku tengok kereta Iswara kalo tak silap model Aeroback tak tahu tahun berapa la kan, guna bumper ala-ala Nissan Skyline R34.

Hitam sebelum sembur.   

Dah sangkut.
Siap...Perfect.
Perrgghhh...memang memancut-mancut air liur la beb. Bagi aku yang minat makhluk berpetak-petak ni memang suka sangatla dengan bumper bentuk macam tu. Dengan risikan dan intipan, aku pun berjayalah dapatkan maklumat mana nak dapat bumper sedemikian. Ada 2 dealer kat Johor & KL ada benda tu, tapi yang pasti kedai lain pun banyak jugak sebabnya ni bukanlah benda baru tapi disebabkan aku je baru berhajat nak 'hadiahkan' untuk CBG kesayangan.

Mesti ada akan cakap, tak sedar diri betul nak perasan pakai Skyline. Ada tak? Lantak korang la...Hahaha. Jeles ka? Mungkin bukan bulan ni or bulan depan, nak wat macam mana duit banyak habis kat Hobi lagi 1 tu. Mei nanti la paling-paling awal pun. Hehehe. Perancangan awal kena ada.

p/s: gambar gua rembat kokse kokdey jah, google yang bagi.

Sekian, Wassalam.

3 Kata-Kata Hikmat:

Jalilah Jali on March 15, 2011 at 10:50 AM said...

bij0p2..peduli gap0 ore nok kato..hehe

Mumia.Megat.Menjelma on March 15, 2011 at 1:08 PM said...

Tu la Jaa...InsyaAllah klu ad rzeki nnti ni...bru psang hajat..hehe

puteri niniey on March 15, 2011 at 2:57 PM said...

teriok aku tgk..