Thursday, January 28, 2010

Mana Hilang Serinya...???

Dalam kegelapan malam aku berjalan menuju ke arah kereta yg ku letakkan x berapa jauh dari McD ni. Dari jauh ku ternampak satu cebisan kertas 1/3 saiz a4 yang berapa di wiper kanan ku, dalam hati mula mengeluh “takkanla malam2 pn kene saman kot..” maklumla, aku ni phobia cikit bab2 kene saman parking ni.. slealu x bnasib baik.. dalam kepala aku terbayang2 2 puak je skrg… saman POLIS @ MPSJ??
Namun, ku menghembus nafas lega sebaik saja ku capai & kutatap cebisan yg menjadi tanda Tanya tu.. rupa2nya tu adalah iklan @ risalah promosi proton sempena tahun baru cina ni.. REBAT SEHINGGA RM10 000 BAGI MODEL PROTON TERPILIH…

Fuhhh… nasib baik, kalau x mahunye melayang 70 hengget aku lagi… tapi, dari situ aku terpandang sesuatu yang agak menarik… Proton saga BLM, ya..yang rupanya ada iras2 Mercedes e200 tu.. mana hilang lampu isyarat sisinya?? Bukan lampu galah mahupun lampu lip-lap hari raya tu…
Dengan rasa tak puas hati dlm jiwa, aku turun kembali bagi mendapat kepastian… kucari jikalau ada model proton tersebut berdekatan… ya.. ada sebuah betol2 disebelah kiri aku, ku tatap, tilik lebih kurang 5 minit kereta tersebut.. mungkin ada orang yang lalu lalang ingat aku nak curi kereta tu.. isshhh.. tu bukan keje aku..
Betol.. tak der… aku hairan mengapa model2 ni tak dipasang dengan lampu sedemikian, sedangkan model2 terdahulu proton semuanya dilengkapi dengan lampu tersebut..macam iswara model lama aku ni pn, wujud & berfungsi lagi lampu tu…



Mana hilangnya?

Mungkin anda akan kata lampu tu x penting, mungkin bagi anda… tapi jika anda penunggang motosikal anda akan tahu betapa pentingnya lampu tu… Ingatlah, dijalanraya kita bukan sendirian… masih ramai yang ingin sampai ke destinasi dengan selamat…



Lampu-lampu tu wujud (dalam bulatan)

Dahla.. aku bukan engineer proton nak persoalkan benda ni, bukan juaga berniat merendahkan kereta tempatan, saja mata gatalku mencari benda nak di fikirkan…aku tetap sokong kereta Malaysia, satu hari nanti aku nak Proton kuarkan kereta rear-wheel drive la plak…
Cukup la tu…jam di tangan menunjukkan dah 9.16, waktu untuk aku balik la…

p/s: I could pick the world up and I'ma drop it on your motherf*ck*n' head...beware...

2 Kata-Kata Hikmat:

A d'Z on January 30, 2010 at 1:17 AM said...

support la kete import!

Mumia.Megat.Menjelma on January 30, 2010 at 7:17 AM said...

Huk2...keter sorong import ke local ek??