Tuesday, February 23, 2010

Cuti is Holiday; Part 3

Salam sejahtera...
Kisah cuti bersambung lagi, tapi kali ni sekadar nak kongsi bersama sedikit lagi aktiviti yang berlaku semasa cuti.
Nak dijadikan cerita aku ngan abg ipar aku yang no 1, lebih selesa dengan panggilan Jojo ajak aku keluar... mestilah aku tanya kenape?? kan..
Dia cakap nak pergi tengok kereta, aku hairanla jugak... baru pakai Honda Accord SV4 dia tu tak sampai 3 tahun dah plan nak tuka keter plak ke??
Tapi aku mesti "on" je la kan... pape hal pasal keter pun boleh menenangkan & menggumbirakan jiwa aku ni dalam apa jua keadaan...

Tiba-tiba aku terkejut, perasaan bercampur baur dengan nak tergelak dalam perut pun ada...
Boleh korang bayangkan keter ape ada kat depan kami time tu???
Hehehehe....try pikir..

Mitsubishi Lancer Evolution V Tahun 1999

Korang caye tak abg ipar aku yang umur dah masuk awal 30-an tu datang tengok mesin ni..??
Nak kata bukan-bukan, x baik la... dasyat juga kpala & batang idung dia ek.. taste ok la jugak...
Orang pakai benda ni wat test atas Highway hujung-hujung minggu... takkan dia nak pusing taman tasik Taiping pakai benda ni..?? macam-macam soalan bermain dalam kepala aku...
Hairan, pelik, kagum, ntahla....Tapi stakat tengok je la, enjin keter ni x power sangat dah.. electronik yang ada langsung tak upgrade, sistem ekzos dah nampak sangat usang walaupun paip dah 3.5 inci, Air filter masih 'stock' & langsung xde perubahan kat injection dia...Distributor pun yang asal & brake standard..
Ok2...abg ipar aku bukan nak berlumba ke atau nak wat ushar2 awek, tapi keadaan keter ni tak berbaloi dengan harga yang ditawarkan... 80% enjin x berubah, mungkin tuan dia nak kekalkan keadaan enjin standard tu...
Pape pun, thanx kat brader tu yang sudi luangkan masa...
Kami pulang dengan senyum riang.... (ada aktiviti lagi sebelum balik...bersambung)
Till next time... Daa..

p/s : gambar diambil dari mudah.my.... segan la nak ambil gambar depan tuan dia...

0 Kata-Kata Hikmat: