Friday, February 26, 2010

Inspired by 'Gadoh'

Hai..

Dalam orang lain sibuk mentelaah pelajaran aku dudu di hadapan computer, bukan menyiapkan tugasan tapi jari jemari menekan kekunci berdasarkan apa yang terlintas di lubuk fikiran ini. Satu perkara kembali terlintas adalah zaman sekolah. Ya, terutamanya sekolah menengan yang mungkin mencoret seribu satu kenangan antara anda semua. Pahit manis zaman itu pasti menjadi satu kenangan yang berkekalan.

Begitu juga dengan Lok (bukan nama sebenar). Memulakan zaman itu pada tahun 2001 bukanlah sesuatu yang sukar. Minggu pertama persekolahan semasa pelajar-pelajar lain masih kekok untuk bergaul dengan rakan satu tingkatan tapi beliau sudah mula mendapat teman dari kalangan pelajar-pelajar senior, Kimi, Black, Paiz Sting, Amir Che Din, G-Joe, Basyiri, Buja & Bujo (mereka kembar), Maliki, dan ramai lagi bagaikan rakan karib baginya. Walhal mereka merupakan pelajar-pelajar di tingkatan lima yang juga pelajar bermasalah disekolah itu. Setiap petang Lok meluangkan masa dengan mereka dan mula membawa Lok bergaul dengan teman-teman mereka, berlumba, bahkan mengajarnya mencuri motosikal. Pada waktu itu Lok hanya mempunyai basikal body ‘U’ berwarna biru. Namun mereka tidak kisah tentang itu semua. Mereka berkawan seolah-olah telah mengenali satu sama lain sejak dari kecil.

Di minggu ke dua persekolahan, Lok dipanggil oleh PK-Hem, dia menasihati Lok agar tidak bergaul dengan pelajar senior itu lagi. Guru itu juga melabelkan mereka sebagai “budak-budak liar” yang tidak mempunyai masa depan itu. Namun nasihat guru itu tidak sama sekali membawa perubahan. Lok semakin berani, pernah berlumba untuk rakannya semasa berumur 13 tahun, turut serta dalam pergaduhan diluar sekolah. Pada masa itu musuh ketat mereka adalah dari SMK Dewan Beta, SMK Kota & Pelajar ‘Siam’ dari SIC…Dimasa pelajar lain sekadar mengenali pen, liquid paper, paling-paling famous pun game boy, tangan Lok sudah biasa dengan batang kayu 2 inci, buku lima, dan shock absorber motosikal…baginya inilah permainan sebenar.

Di tingkatan dua, Lok dilantik menjadi pengawas sekolah. Segak berbaju biru berseluar putih dan bertali leher maroon, Lok menjalankan tugas sebagai pangawas. Kadang-kala telinga Lok agak ‘panas’ dengan sindiran guru yang mempersoalkan bagaimana & mengapa Lok dilantik menjadi pengawas sekolah. Jika diikutkan perasaan mahu saja dijawab dengan mulut kurang ajar & shock absorber di cermin kereta, namun bila memikirkan permintaan guru pengawas & perjanjian antara mereka Lok kembali tenang.

Di tingkatan tiga keadaan berubah di mana pada satu ketika Lok yang berasal dari keluarga yang sederhana dituduh mencuri. Ya, mencuri Wang pelajar yang juga bendahari perpustakaan. Tanpa usul periksa perkara itu disebaran ke seluruh kalangan guru. Lok menjadi berang, pada hari sama seorang pelajar menjadi tempat melepaskan geramnya. Pelajar ini bukan mangsa, tapi dia adalah pencuri sebenar namun berjaya meloloskan diri dengan “cover story” nya yang mudah dipercayai oleh guru yang berakal pendek itu. Masih segar dalam ingatan 8-10 orang pelajar turut serta ‘mengajar’ pelajar tersebut, maklumlah Lok bukan satu nama asing disekolah itu. Ramai kenalan dan rakan seangkatan ada bersamanya sentiasa. Tumbukan, sepak terajang dilepaskan tatkala nada meminta tolong kedengaran tenggelam dengan sorakan & cacian mengiringi adegan itu. Risaukan perkara lebih teruk berlaku, Lok sendiri menghentikan ‘pengajaran’ itu. Namun setiap perlakuan ada pembalasan, Lok dikenakan hukuman & pelajar tadi ditukarkan ke sekolah yang jauh dari sekolah itu.


Di tingkatan empat, Lok cuba berubah. Namun gagal apabila di bulan Februari beliau sudah dibenci oleh guru bahasa inggeris pada ketika itu. Berlaku pergeseran antara mereka dan Lok dihalau dari memasuki kelas hinggalah ke akhir tahun. Mujurlah perkara ini tidak dipanjangkan ke pihak atasan. Kenangan paling ‘manis’ pada tahun itu apabila Lok mendapat ‘hadiah’ berupa sebuah kerusi plastik dihadiahkan ke atas belakangnya tanpa disedari & sebarang amaran. Ini berikutan ada pelajar yang tidak berpuas hati berkenaan seorang ‘model’ sekolah kami pada waktu itu (malu la nak gaduh pasal ppuan kan). Lok tidak melawan, sekadar menempis serangan berikutnya dan beredar dengan muka tersenyum. Lok cuba berubah.

Di tahun akhir, walaupun bukanlah pelajar cemerlang Lok menggalas tugas yang lebih besar dari sebelumnya. Menjadi salah seorang ketua biro badan pengawas, pengerusi majlis & pembaca doa perhimpunan, dan juga pengerusi untuk beberapa kelab dan persatuan Lok meneruskan azamnya. Lok satu-satunya pengawas yang dibenarkan berbaju lengan pendek & berkasut converse pada ketika itu mula dibenci kalangan pelajar bermasalah kerana beliau membanteras banyak kes merokok di sekolah, buli, mercun dan sebagainya. Namun itu bukanlah halangan baginya. Kumpulan pelajar yang berhimpun di luar sekolah menunggunya bukanlah perkara asing lagi. Pada masa yang sama Lok juga menyertai aktiviti berfaedah seperti motocross dan bolasepak di kampung (walaupun beliau kaki bangku).

Sekarang mungkin apa yang Lok inginkan mungkin belum sepenuhnya tercapai. Hidup tenang, tanpa sebarang masalah dan musuh. Lok tidak salahkan takdir malah bersyukur melalui jalan yang tidak ramai rasai ini namun tidak sesekali berbangga dengan perkara negative itu. Sekian.

p/s : dapat ilham lepas tengok citer “Gadoh”…dari member aku.

2 Kata-Kata Hikmat:

A d'Z on February 26, 2010 at 4:47 PM said...

Gadoh mmg ptut publish @ panggung sbnrnye... respect sm Namron!

Mumia.Megat.Menjelma on February 26, 2010 at 5:05 PM said...

1 Malaysia skrg...lgla xleh tyang bnda gtu...