Saturday, March 6, 2010

Kala Malam Kaler Hitam

Hai…
Kalau ikut jam dah pukul 12 lebih, tatkala dah ramai umat manusia yang lena dibuai mimpi, mata aku tengah cerah lagi ni… nak tak nak aku carila jugak benda berfaedah nak buat kan. Nak study, ceyh..hipokrit namanya… dengan kepala terhayun-hayun layan lagu Justin Bieber – Baby..sambil mulut tak henti-henti menyedut karbon monoksida, aku terpandang kotak plastik kat atas almari dalam markas rahsia ni..ye..aku sekarang terpaksa bersembunyi memandangkan FBI, CIA dan InterPol duk cari sekarang, ni belum lagi kira Polis Malaysia dan jugak FRU & Skim Rondaan Sukarela Kampung...uishh…kembali pada kotak tadi…

Bukan kotak harta karun mahupun kotak hitam yang dalam pesawat tu, tapi ni kotak @ toolbox alat-alat memancing aku da… huhh… Tengah bosan macam ni best jugak bila ikat-ikat mata kail ni kan.. aku ingat lagi, kalau aku kat umah sememangnya aku tak wat benda lain, ikat mata kail, gilap-gilap joran mahupun servis mesin/kekili aku tu… habis aku bukak, sampai xde satu pun yang aku biarkan bercantum, pastu aku pasang la balik kan… Bosan tahap gaban la tu..

Kat sini aku tak leh wat la, skru driver pun ada yang besar gedabak je…nak spanar untuk bukak enjin keter ada la sikit…x pun spanar ‘T’ untuk bukak tayar tu.. dah2 lupakan…ni la hasilnya, sume teknik yang Pok Mud ajar aku try, Alhamdulillah ingat lagi. Cekidaut…

Ni cara paling senang & agak kukuh la.

Amacam, ok tak? Ni satu cara je… nak blaja cara-cara lain meh bertapa ngan aku.. aku ajarkan…haha.. Tapi, tengah-tengah layan tu ada la plak makhluk duk terbang dalam markas rahsia aku ni.. kupikirkan lalat, rupa-rupanya lebah la.. rilex.. ekspresi terkejut ku tak serlahkan. Maklumla, duk U ladang kan.. lagipun ladang sepuluh tu memang ada bela lebah pun.. so..wat-wat tak tahu je la…mungkin dia masuk sini sebab bacaan radar lebah tu menunjukkan ada benda manis kat sini…ye..ye…aku tahu sape tu…hahahaha..

Lebah betol ni...bukan mainan.
Dahla..hentikan mengarut membebel yang bukan-bukan.. tak sabar nak pegi ngail esok, dah sebulan aku tak ngail ni.. last sekali aku ingat lagi masa kelas kOkO bulan lepas… lama la tuh… Hehe…kolam 3, here i come…. (terbang ngan muke comel)

p/s: suka dengan bunyi cengkerik yang tak henti-henti... peace!

1 Kata-Kata Hikmat:

lecka on March 8, 2010 at 2:03 AM said...

wan nur ain zulaikha yang paling cmey....hjeheheheh.....