Saturday, March 27, 2010

Tamat Sudah

Hai... ini bukan kisah Limah hilang pakwe, bukan kisah cinta mahu pun kisah duka mana-mana pihak ke dua...Kali ni aku sekadar ingin berkongsi isi hati… aku tak tahu apa isi hati, mungkin saintis dan doktor tahu dan mendalami segala apa yang ada di dalam hati…tapi bukan yang tu...

Sedih… satu perasaan yang wujud atas sesuatu sebab, perasaan yang hadirnya pasti tak begitu disenangi… sesuatu yang wujud kadang kalanya tanpa kita sengajakan… perasaan yang pastinya jauh berbeza dengan gumbira… (fuhh…pelik definisi aku disini ye)
Dah2… aku sedih, ye..aku sedih… tak mudah aku nak rasa macam ni, dah lama untuk aku ada perasaan sebegini… aku rasa macam ni sebab kelas kokurikulum QKS2118 dah habis la… waaaaa….. lagipun konpem joran & kekili aku tuh berbungkus atas locker je la sampai aku balik umah nanti.

Pastinya kan ku rindu waktu-waktu gumbira aku di kolam2 yang ada kat bukit ekspo tuh, memancing ngan kawan-kawan yang pada awalnya tak mengenali antara 1 dengan yang lain, sehinggalah ke tahap seolah-olah telah bersama berbulan-bulan lamanya. Malah lebih dari mereka yang sekelas & se-course ngan aku… tak dinafikan… bab mancing je la….korang jangan pikir bukan-bukan.. walaupun ada…hik3…

Hari ni perjumpaan terakhir group bawah kelolaan En.Tamizam a.k.a Pok Mud… Best, puas ati, banyak yang aku dah belajar dari beliau… maklumlah, mana nak lagi nak dapat petua memancing dari orang macam dia kan… paling2 koman pun korang leh sms kt joran b.harian je la, tu pun belum tentu soalan tu akan terpilih untuk dijawab… kira aku bertuah sangat2 kali ni, dahla siap ajak aku join masuk pertandingan lagi esok, kat T.Tasik Shah Alam… terus terang aku tolak, lagipun aku ni memang tahap beginner la kalu bab2 kolam & tasik ni… kalau sungai & pantai tuh expert la jugak… pape pun aku janji sahut cabaran akan ikut dia g mancing nanti bila2 aku dah ready…

Kami best...hik3...
InsyaAllah balik kampung kurang dari sebulan lagi aku akan praktikkan ape aku belajar, lagipun tak jauh dari umah aku tu dah ada kolam pancing berbayar skarang, best2…

Tu je… Babai…

0 Kata-Kata Hikmat: