Thursday, October 21, 2010

3...2...1...Action!!!


Bila saat dan ketika menghampiri hujung semester ni konpem busy juga la kan. Dengan segala kerja yang tak masuk di akal, tak perlu & tak patut diterima oleh minda yang waras aku pun menjadi hilang sedikit kewarasan dek kerana semua tu. Dalam kekalutan & ketidaktenteraman tu maka perlulah jiwa dihiburkan dengan tengok movie sorang-sorang kat bilik mahupun ke panggung la kan. Filem pertama aku layan minggu ni "The Other Guys". Cerita pasal dua ekor polis yang tak berapa nak ngam, tahu-tahula kan Detektif, FBI mat saleh ni mesti ada partner. Tengok poster tu pelakon macam best juga la kan Dwayne Johnson ngan Samuel L.Jackson ada tapi mampus ngan cara yang paling bodoh la Al-maklumlah filem kelakar kan. Jadi Dua ekor polis lagi tu pun kononnya nak jadi hero NYPD la. Ngan macam-macam huru-hara yang berlaku, selit elemen komedi bila polis taraf Will Ferrell tu ada bini se-hot Eva Mendes tu kan. belum campur ngan ex- dia yang boleh tahan jugak tu. so dah nama polis, pusing-pusing cari maklumat & tangkap orang jahat tu je la cerita nya. Hehehe..abes...



Semangat melayan filem aku tak terhenti kat situ, ni plak citer RED. Bukan pasal warna merah pensel warna, merah merah yang sebagainya tu, tapi ni Retired Extremely Dangerous. Cerita pasal ex-CIA yang pencen, sesuaila kan, ayam tua yang berlakon pun Bruce willis, J.Malkovich, Morgan Freeman dan lain-lain lagi la. Kisah diorang ni start bila ada antara geng-geng lama yang nak bunuh diorang la, siap ada list lagi. Jadi nak selamatkan diri tu macam-macamla diorang wat kan. Tembak-tembak, belasah sikit tu ada la. Aku layan sebab ada John Malkovich je (kenal dalam citer Con Air, berlakon ngan Nick. Cage). Lagak macam orang tak berapa waras bolehla wat ilang tension tu. Filem ni belum ada kat panggung pun lagi, so korang tunggu la ye kat panggung nanti. Aku layan awal, al-maklumlah ad supplier movie terbaikkkk.


p/s: Minggu depan nak balik pulak ke?? hehehe...

0 Kata-Kata Hikmat: